Tuesday, November 22, 2016
Apa yang memotivasikan anda?
“Lain orang, lain cara motivasi”
…Bagi mereka yang tidak berduit, mungkin wang dapat menjadi sebagai motivasi untuk bekerja. Bagi mereka yang sudah kaya-raya, wang bukan lagi motivasi untuk bekerja.
Jumpa seseorang yang tidak makan 2-3 hari, makanan adalah satu motivasi. Sekiranya jumpa pasukan bola sepak yang tidak pernah menang, kemenangan adalah satu motivasi. Jumpa orang yang sudah berjaya, pengiktirafan mungkin menjadi motivasi. Jumpa orang yang sering gagal, kejayaan yang kecil sahaja pun adalah satu motivasi…
Soalan: “Apa yang memotivasikan anda?”
Apakah yang memotivasikan anda? Apa yang memberi anda semangat untuk mencapai cita-cita? Bagaimanakah cara terbaik untuk memotivasikan diri anda sendiri? Apa yang membuat anda bermotivasi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment