Friday, November 25, 2016

PANAS & SEJUK dalam setahun



Dalam perniagaan, sebagai peniaga, kita perlu menjangka pasaran perniagaan kita pada keadaan pasaran yang akan berubah mengikut musim. Musim yang dimaksudkan ini, adalah musim jangka pendek (bukan trend).
Contoh:
  • Sesetengah perniagaan kurang pelanggan ketika cuti sekolah. Sesetengah perniagaan mendapat lebih keuntungan dari cuti sekolah.
  • Sesetengah perniagaan kurang pelanggan ketika bulan puasa (dah dekat ni!). Sesetengah perniagaan pula mendapat lebih keuntungan ketika puasa (seperti gerai Ramadhan).
  • Sesetengah perniagaan menjangka keuntungan yang lebih pada hujung bulan apabila pengguna menerima gaji!
  • Sesetengah perniagaan menjangka keuntungan pada hujung tahun apabila pengguna menerima bonus!
  • Sesetengah perniagaan akan menjangka penurunan keuntungan ketika cuti umum seperti cuti raya dan sebagainya…
Tip 60 saat:
Ambil calander setahun, dan tandakan di dalam kalender tersebut minggu-minggu yang PANAS (warna merah) untuk keadaan di mana anda menjangka keuntungan yang lebih. Dan tandakan juga di kalender minggu-minggu yang SEJUK (warna biru) untuk keadaan di mana anda menjangka keuntungan kurang.

Melalui kalender PANAS & SEJUK ini, anda dapat melihat trend keuntungan perniagaan anda.
  • Cipta strategi bagaimana anda boleh memaksimakan keuntungan bila musim perniagaan PANAS.
  • Ubah strategi perniagaan ketika musim perniagaan SEJUK untuk mencari keuntungan baru ketika keuntungan perniagaan dijangka menurun- contoh, menjalankan perniagaan sampingan baru.
Sebagai usahawan, perhatikan musim perniagaan PANAS & SEJUK dalam satu tahun dan adjust strategy anda untuk memaksimakan keuntungan bagi keseluruhan tahun 

Wednesday, November 23, 2016

Perhatikan siapa kita punya 20%.

Perhatikan siapa kita punya 20%.

Apa yang saya nak sampaikan ialah, tak semua pelanggan kita penting, dan tak semua pelanggan anggap kita penting buat mereka. Kita kena fokus kepada 20% yang bagi kita 80%.

Dalam hal bisnes dan niaga, kita tak perlu kejar 100%. Kita bukak kedai burger kat kawasan perumahan, dan expect 100-200 penduduk di situ SEMUA akan beli burger dari kita tiap malam? Tidak seindah tu.
Fokus pada 20% kita, siapa yang selalu datang kedai burger kita, siapa yang datang berulang kali, siapa yang bawak family & friends, siapa yang bungkus lebih dari 2 bijik burger.

Jangan semua benda kita nak, kek tu besar. Kita fokus kat 20% tu supaya kita dapat 80% untung. Bila kita dah dapat pulangan, roll lagi dan roll lagi.

Kita hanya Perlu jaga 20% customers penting. Cara Ini dinamakan "pereto principle" dalam marketing

PROGRAM INTENSIF MASTERY BAKERI



PERHATIAN UNTUK ANDA YANG MASIH BELUM CAPAI SALES SEKURANG-KURANGNYA RM10,000 SEBULAN, WALAU SUDAH BERNIAGA LEBIH 3 TAHUN DARI RUMAH.


ANDA sedar ANDA menghadapi masalah sama? JIKA YA, tarik nafas. Dengan lafaz BISMILLAH, teruskan bacaan anda. Ini mungkin status tak diundang muncul di FB anda yang BAKAL mengubah nasib BISNES anda.
.
.
SEMINAR INI DIKHASKAN KEPADA HOMEBAKER YANG SUDAH BERNIAGA KURANG 3 TAHUN, TAPI SALES BELUM PERNAH CAPAI SEKURANG-KURANGNYA RM10K SEBULAN!
PASTIKAN ANDA PERIKSA ADAKAH ANDA DAN BISNES BAKERY ANDA KENA 'PENYAKIT' dan SIMPTOM
.
.
[
✔] Dah berniaga lebih 3 tahun, tapi setakat ni belum capai jualan minima RM10,000 sebulan. Hatta, RM5,000 sebulan pun payah sangat nak dapat.
[✔] Jadi agen produk orang lain. Agen kuih raya? Agen durian crepe? Agen Tudung? agen jubah? Makin ramai jual produk sama. Macam mana bisnes anda nak survive? Siap ada orang main harga pulak tu.
[✔] Dulu jual kuih raya orang lain, sales boleh tahan. Bila buat produk sendiri, sales cukup-cukup makan. Ingatkan sales kencang.
[✔] Buat macam-macam teknik pemasaran, tetapi masih 'fail' untuk tarik ramai pelanggan. Makin hari, makin teruk. Bisnes anda makin lemas, silap-silap boleh gulung tikar.
[✔] Bisnes tidak berkembang. Jualan naik turun. Perasaan tak payah cakap lah. Hari-hari jadi fikiran tidak menentu, gelisah, tak keruan, fikiran stuck, buntu. Macam mana nak buat?
[✔] Sales naik turun. Kadang-kadang kena 'top-up' duit sendiri dan bayar sewa kedai.
.
DAN BANYAK LAGI..
.
KENAPA PROGRAM INI SANGAT BERLAINAN DARI PROGRAM BAKERY YANG MUNGKIN ANDA PERNAH HADIR SEBELUM NI.
.
+ Pengisian ILMU dibangun & didesign KHAS untuk homebaker supaya sesuai dan praktikal untuk pemilik bisnes kecil. Ilmu-ilmu ini dimampat, dipadatkan, disusun mengikut aturan untuk dikongsikan selama 9 jam.
.
+ ILMU yang ACTIONABLE & PRAKTIKAL. Datang program, catit dan teliti apa yang kami kongsikan. Balik terus boleh buat. Bukan teori semata-mata. Semasa program, anda akan di kongsikan 'ACTION PLAN' apa yang anda perlu buat.
.
+ Yuran tak masuk akal. Murah dan tak padan jika dibandingkan dengan nilai perkongsian.
.
+ Bukan semata-matanya marketing di FACEBOOK! Sudah berlambak program, seminar, kelas Facebook di luar sana. Istimewanya seminar ini, akan dikongsikan bagaimana sales bisnes anda tidak 100% bergantung dari marketing di FB.
.
.
INFO PENTING PROGRAM INTENSIF MASTERY BAKERI EDISI DISEMBER
.
.
➜ NAMA SEMINAR : PROGRAM INTENSIF MASTERY BAKERI
➜ HARI : SABTU - 03 DISEMBER 2016   - SUNGAI PETANI KEDAH
➜ HARI : SABTU - 10 DISEMBER 2016   - JOHOR
➜ HARI : AHAD  - 18 DISEMBER 2016   - SELANGOR

➜ MASA : 9.00 PAGI - 6.00 PETANG.

YURAN TAK MASUK AKAL - HARGA DISKAUN UNTUK YANG BERTINDAK PANTAS!
.
.
Kami tawarkan harga diskaun istimewa untuk anda, yang berdaftar 10 peserta TERAWAL.
“SAYA SANGAT BERMINAT! SAYA NAK DAFTAR SEKARANG! PLEASE, DAH LAMA SAYA CARI SEMINAR MARKETING MACAM NI”
.
.
Nak daftar, baik daftar sekarang. Ya! Program Mastery Bakery akan ditutup serta merta, setelah seat sudah SOLD OUT. Sebarang pujukan dan rayuan tidak akan dilayan!
.
Seat pun makin hari makin terhad. Ingat, kejayaan tidak datang buat orang yang suka bertangguh.
.
..
atau WHATAPPS/CALL STAF KAMI - 019 297 3669  (HUSNA)
.
.
Salam kejayaan & kekayaan. Jumpa di lokasi program berhampiran.


.


Tuesday, November 22, 2016

Dua cara mengejar cita-cita



Terdapat dua cara sahaja dalam mengejar cita-cita. Cara berjalan & cara berlari…

1) Berjalan…
Sekiranya anda taking your own sweet time. Anda berusaha pada kadar yang perlahan, sedikit demi sedikit. Hari ini mungkin bersemangat… esok lusa kurang semangat. Setiap pagi bangun tidur, anda rasa it will be the same day as yesterday.

Untuk menyiap kan sesuatu kerja, ia mengambil masa yang lama. Semangat anda adalah rendah walaupun sememangnya mempunyai matlamat dan cita-cita. Dalam mencapai sesuatu yang membanggakan, ia mengambil anda berminggu-minggu atau berbulan-bulan walaupun anda merasa diri anda cukup bermotivasi. Anda sering rasakan kejayaan adalah jauh lagi…
 
Berjalan mengejar cita-cita mengurangkan momentum anda. Ia juga mengambil masa yang amat lama dan kadangkala, ia membosankan apabila tiada apa yang tercapai dalam masa terdekat…

2) BERLARI!
Sekiranya anda bersemangat setiap hari. Bangun pagi dan rasa teruja bahawa hari ini anda akan mencapai matlamat anda tetapkan pada hari ini!

Setiap masa adalah amat berharga dan anda menyiapkan segala kerja anda dengan pantas dan cekap! Anda mempunyai semangat dan momentum yang tinggi. Selang beberapa hari, anda mencapai sesuatu yang membanggakan diri anda sendiri…

Anda rasa puas dan ketagih dengan kejayaan dan setiap jam sentiasa membuat anda lakukan sesuatu kearah mencapai cita-cita anda!
 
Berlari mengejar cita-cita akan meninggalkan orang lain jauh ke belakang!
Berjalan adalah mudah dan dilakukan oleh semua orang. Berlari adalah lebih sukar dan memenatkan- oleh itu, ramai tidak melakukannya cuma apabila terpaksa!

Pilihannya adalah pilihan anda!