Untuk mendapatkan hasil yang lebih daripada apa yang kita dapat sekarang,
tak semestinya
kerja kuat dan lebih kuat.
Cara paling hebat dan menakjubkan yang anda semua mesti cuba adalah dengan
mencari pendekatan lain bagi melaksanakan tugasan atau kerja anda.
Kita mesti cuba tanya apakah cara lain yang lebih baik yang mampu hasilkan
keputusan yang jauh lebih hebat.
Kita mesti berusaha buka mata dan mencuba pendekatan baru tersebut dan
seterusnya melihat apakah keputusan yang dihasilkan oleh cara baru yang
berlainan daripada cara atau pendekatan sekarang.
Saya pernah tuliskan idea yang amat menarik dalam salah satu artikel yang
lalu berkenaan gaya hidup dan komen kawan-kawan sekeliling.
Jika kawan-kawan yang ada menilai anda dari segi kereta apa yang anda pakai,
anda ada dua cara untuk selesaikan masalah tersebut:
- Kerja lebih kuat – Ini
cara biasa yang kebanyakan orang buat. Mereka pulun lebih kuat, tambah
lebih banyak masa dan seumpamanya bagi membolehkan kereta yang dijangkan
oleh kawan-kawan sekeliling yang sepatutunya kita pakai.
- Tukar kawan – Ini satu
cara yang lebih kreatif
dan lebih mudah tanpa memerlukan anda bekerja lebih kuat dan menghabiskan
lebih banyak masa untuk tambah pendapatan. Lebih baik anda tukar saja
lingkungan kawan-kawan yang ada yang menerima anda bukan berdasarkan jenis
kereta yang anda pakai. Hasil terhadap emosi dan tenaga adalah jauh lebih
memberansangkan daripada pilihan di atas.
Apa yang saya utarakan di atas hanyalah satu daripada contoh mengubah
bagaimana kita berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan masalah dan
mendapatkan hasil yang lebih baik.
Memilih pendekatan baru dan tidak kerja kuat
Apa saja kerja yang anda lakukan terutamanya untuk para usahawan di luar
sana, anda mestilah sentiasa membuat pilihan kepada mencuba pendekatan baru
berbanding kerja lebih kuat.
Cara tersebut terbukti diamalkan oleh semua orang yang berjaya lebih jauh
berbanding kebanyakan orang lain.
Dengan berdegil untuk kerja sekadar yang diperlukan sahaja dan memerah otak
untuk mencari idea pendekatan baru, anda akan jauh meninggalkan orang yang
sentiasa menggandakan jumlah kerja mereka.
Memang pada permulaannya, orang yang bekerja lebih kuat akan mendahului anda
dari segi hasil yang diperolehi. Tapi, percayalah kekuatan tenaga dan masa yang
kita ada adalah amat terhad.
Akan datang satu tahap di mana semua sumber masa dan tenaga anda akan sampai
ke tahap maksimum dan sudah tidak ada lagi cara lain untuk gandakan kerja.
Kejayaan akan terbantut setakat itu sahaja dan anda akan keletihan.
Lama kelamaan hasil akan berkurangan sedikit demi sedikit dan anda akan
hilanh segala-galanya.
Sebaliknya, orang yang berusaha mencuba pendekatan baru dan melaksanakannya
untuk melihat hasil daripada pendekatan baru tersebut, akan menemui kunci
kepada kerja kurang, hasil banyak.
Kesemua hasil inovasi di muka bumi ini berkisar daripada sikap sebilangan
manusia yang sering mencari idea untuk mencuba pendekatan baru bagi mencapai
hasil yang mereka mahukan.
Ingat! khazanah Allah dimuka bumi ini sudah tersedia kesemuanya, tak perlu
cipta apa-apa benda baru.
Kita hanya perlu berfikir untuk sambungkan titik-titik yang terputus bagi
menghasilkan sesuatu yang lebih hebat. Itulah sebabnya idea merupakan salah
satu benda yang amat penting untuk mengubah kehidupan.
Contoh elak kerja kuat dan cuba pendekatan baru
Mungkin anda masih tak faham lagi. Mari saya cuba berikan contoh lebih mudah
untuk difahami.
Katakan anda menjual produk kesihatan. Sehari anda bertemu dengan 5 orang
prospek. Dalam 5 orang yang anda jumla itu, seorang akan menjadi pelanggan.
Pendekatan kerja kuat untuk menambahkan hasil adalah dengan menggandakan
jumlah orang yang anda jumpa.
Lalu anda gandakan dari 5 orang kepada 10 orang, maka mungkin anda akan
dapat seramai 2 orang pelanggan sehari. Hasil bertambah dan anda suka.
Tapi masa anda mula menjadi lebih sempit, tenaga anda dan emosi mula menjadi
lebih tertekan. Lama mana anda boleh lakukan cara begitu.
Sebaliknya anda boleh cuba pendekatan baru.
Mungkin anda mula buat pemasaran
online dan menggunakan teknik-teknik yang berkesan untuk mencari pelanggan,
barangkali dengan cara sebegitu, anda mampu mendapatkan seramai 20 orang
pelanggan dalam masa satu hari.
Sudah semestinya cara sedemikian membuatkan anda tak perlu kerja lebih kuat,
anda hanya mencuba cara atau pendekatan baru… anda cuba fikirkan contoh yang
sesuai untuk perniagaan anda sekarang… selamat mencuba dan selamat menjadi
kreatif!. jangan lupa mengukur hasil untuk dibandingkan pendepatan mana yang
lebih baik.